Sunday, October 10, 2010

Tentang Stacy

Nama sebenarnya ialah Stracie Angie Anam, dilahirkan pada August 18, 1990. Anak kelahiran Kota Kinabalu , Sabah ini telah memenangi Akademi Fatasia Musim Ke-7 mendahului dengan 43% daripada 3.8 million undi. Album pertamanya  bertajuk 'Aku Stacy' telah diterbitkan pada 9 Mac 2009.

Anak kepada Anam Bayar dan Agnes Kallos ini telah mengalami keperitan hidup dimana dia terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kewangan yang dihadapi keluarganya pada Tingkatan 4. untuk mebantu keluarganya, Stacy menjadi penyanyi kelab di Kota Kinabalu.

Akademi Fantasaia bukanlah cubaan pertamanya untuk menjadi penyanyi. Stacy telah mencuba pelbagai pertandingan seperti One In A Million dan Geng Starz. Semasa di Geng Starz, Stacy telah bergandingan dengan abangnya iaitu Camellus De'lleli Anam, untuk membentuk kumpulan bernama E-voke. Walaubagaimanapun, dia hanya sampai ke suku akhir pertandingan kemudian terkeluar. Keputusanya untuk menyertai audition untuk AF6 adalah atas cadangan ibunya.

Stacy telah ditawarkan biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajarannya di Limkokwing University Of Creative Technology. Sekarang Stacy sedang mengambil jurusan diploma seni dan muzik.
































"?" denotes releases that is missing chart info.

No comments:

Post a Comment